Thursday, May 31, 2012

::my 1st experience become a mama part V::

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sejuk  betol rase econ pagi ni...dh berlapis2 dh kain salut bdn...tp sejuk gak..almaklumlah...lemak kurg...kikiki...ok, stop mengarut...lets kte sambung cter smlm okeyh....

Alhamdulillah, hari2 baru auf di HSB semakin ceria dan terdapat peningkatan berat bdn kt auf...bersyukur sgt...rupe2nye kt NICU HSB ni mereka akan menimbang setiap bayi untuk setiap hari bagi mengetahui perkembangan mereka, samada berat naik or turun...rupe2 nya, mase hari pertama auf di HSB mereka telah menimbang brt nye...cuma 645gram (klu x silap)..cer la bayangkan berat semasa lahir nya ialah 1.1kg...ble timbang balik tggl segitu jer beratnya...Ya Allah...kesiannya anak mama...ptt la die mcm x bermaya jer...
mb mse di hosp swasta mereka hanya memberi minum susu 13cc bagi setiap 3 jam berbeza dengan di HSB mereka memberi minum 16cc bagi setiap 2 jam dan akan ditambah cc nye mengikut brt bby...kn ke besar bezanya..hurm...mgkn setiap doc mempunyai pendapat yang berbeza, kami yang x tau ape2 ni juz ikutkan shj, asalkan yang terbaik utk si kecik...pada masa ni mama yang dalam tempoh berpantang hampir terlupa tentang pantang sbb lebih memikirkan keadaan auf..
hehe...jln nk laju jer...teringat lagi mase auf kne transfer ke HSB, sy yang dok skali ngan auf dlm ambulan, mse ni hubby bawak kete follow kt blakang...dlm ambulan Allah je tau perasaan sy, airmata jgn ckp la..risau x terkata, walaupun jarak antara hospital x la jauh sgt, tp still der risiko..yer la mse tu auf mmg x stabil lgsg...rsu der pape yg terjadi dlm perjalanan..ble sesampai di hosp. sy jln bukan men laju ag ikut mereka sorong auf sampaikan nurse tu ckp...akk ni mak bby ker...then sy jwb "ya"..then nurse ckp...laju nye jln kak...bkn dlm pantang ag ker??? aah erk...mse tuh bru teringat, dlm pantang mmg x ley jln lelaju...tp mse tu keadaan memaksa, blasah jer...sbb nt x tau auf dok ktner sbb hby x smpi ag...smpi jer NICU auf ditempatkan di dlm ZON MERAH di mana tempat bagi bayi yang kritikal selepas dilahirkan dan mereka dgn pantas n tuntas nyer menjalankan prosedur yg sepatutnya, sy pown x spesifik ape die...then sy disuruh utk dftr kn bby...tu pown sy yg wt sdri...hehe..mse tu x igt dh bdn skit ke pe...alhamdulillah...sumenyer selesai...dh lepas sume beres baru la rse kaki n bdn ni skit gler...hohoho..

bermula la episod saya berulang alik dpd beranang ke sg. buloh..pd mulanya sy nk stay skali ngan bby..tp sy dinasihatkan supaya balik dan berehat memandangkan sy masih berpantang dan bb perlukan perhatian penuh dpd doc. sy dgn brt hati terpaksa menerima, sbb itu yg terbaik utk auf...bayangkan, x pernah walau sekali pown sy dpt mencium auf apetah lagi memeluk auf...sayu sgt hati..x terbilang berapa kali menitis air mata ble teringat kn auf ..tp sy redha..

dlm tempoh sy berpantang, kami hanya jenguk auf 2 hari sekali shj untuk menghantar susu badan dan bekalan pampers dn wipe tissue (di swasta kami x penah dok pk psl die nyer pampers, tp kt cni kami kne beli sdri..hehe..yer la...bpe rmi lak gov nk tanggung yer x..mmg t/jwb kmi..), kerana jarak yg agk jauh...setiap kali pergi jenguk auf perkara pertama yg akan kami lakukan ialah tgk berat die, samada nek or trun...der buang air or x..(rsu gak klu x buang air tkut der masalah len) then kuantiti susu yg die minum dan kadar O2 yg digunakan...itulah rutin kami..alhamdulillah, so far segalanya nampak ok..

sehingga la pada suatu hari....

seiingat saya selepas sebulan setengah auf masih berada di dalam NICU ZON MERAH mase ni sy br jer selesai berpantang dan kami pergi menjenguk auf..kebetulan ketika itu doc pakar bersama beberapa doc len sdg membuat rondaan di NICU. kami mengambil kesempatan utk bertanyakan lebih lanjut ttg auf, dengan harapan perkara yg positif akn kami dengar.

tp hati kami ketika itu hancur luluh apabila doc menyatakan bhw auf hanya mempunyai peluang 50-50 shj...sbb auf mempunyai masalah paru2 yg kronik kerana masih tidak boleh mengurangkan kadar O2 pada kadar yang sepatutnya dan masih intubated dlm tempoh yg lame iaitu 1 bulan setengah. doc menyatakan lagi bhw auf mungkin akan pulang berbekalkan mesin O2, dan ianya memakan kos yg amat tinggi. doc siap tnye apa pekerjaan kami dan mampukah kami utk membiayai semua tu?..hurm...apakah maksud yg tersirat doc tu?hati saya yang luluh mendengar perkembangan auf  + dengan pertanyaan doc tu td langsung x memberi sebarang semangat..sekiranya ianya berlaku doc, nyawa sanggup sy gadaikan utk memenuhi keperluan auf..x perlu la ditanya soalan begitu yg hanya menghiris hati kami. akn kami usahakan seupaya yg mampu..pada ketika itu, hanya airmata yg dpt menggambarkan segala yg berada di hati..terasa ingin melaung..kaki yg berpijak terasa semakin lemah..mujur suami berada di sisi memberi semangat dan kekuatan.

selepas mendengar penjelasan doc, sy tatap wajah auf dalam2, auf seolah2 mengerti perasaan sy ketika itu..
terasa nk dipeluk tubuh cilik auf...rse nyer nk teman auf setiap masa, tp semua itu x dibenarkan..kami pulang dengan perasaan yg sgt sedih..semalaman x dpt lelapkan mata, setiap kali terpejam, wajah auf yg berada di minda..keadaan sy yg agak stress memaksa suami utk x berkerja keesokan hari..rsu bnd x diingini berlaku..almaklumlah, bru habis berpantang, then stress..possible utk meroyan tu ada..kepada family tpt sy mengadu, setiap kali mereka call, pasti airmata yg keluar dulu sebelum suara yg keluar..mereka pown begitu..mereka memberi sy semangat dengan menyatakan "Doa Ibu Adalah Mustajab"..ya itulah kata2 semangat sy...setiap kali solat, pasti itulah yg di pohon...mengharap segalanya tidak seprti yang diperkatakan oleh doc. selepas itu kami tidak lagi dtg selang 2 hari, malah kami akn dtg jenguk auf setiap hari utk memberi semangat kpd auf trus berjuang. zikir dan selawat x lekang di mulut bagi semangat kt auf...biar auf kuat seperti namanya..berjuang sehabisnya..kami mengharapkan keajaiban terjadi..kami mengharap auf sihat seperti bayi lain....

pada suatu hati doc telah menyarankan kepada saya untuk membuat satu teknik yang boleh merangsang perkembangan bayi dan psikologi bayi supaya bayi lebih strong...apekah teknik itu???nanti sy kongsikan next en3 ok...sbb en3 ni dh pnjg sgt...hehe...

sebelum ending en3 ni...

sekilas gamba auf mase dlm incubator.






kte berjumpa di next en3 ok...wasalam...









Wednesday, May 30, 2012

::my 1st experience become a mama part IV::

Assalammualaikum...

wah...lame betul x menjengah blog...dh len rupenye..hampir tersesat hamba..akeke...diam x diam..almost 5 months kn x hapdet pape kt cni...ok...skang bru terase nk hapdet...

last en3 sy der share bout my experience kn...hehe...ok skang bru nk smbung...gile lame dok...kikiki...

ok...selepas saat kelahiran telah sy lepasi...bermula la satu fasa baru yang besar dan amat menguji fizikal dan mental...

setelah dilahirkan...bayi lelaki yg diberi nama Muhammad Auf Huzaifah yang dilahirkan seberat hanya 1.1kg...doktor yang merawat di KPJ Ampang Puteri ialah Dr. Wong Yoke Peng...Dr. menyatakan bahawa auf mengalami masalah paru2 yang tidak matang akibat daripada kelahiran yang terlalu awal iaitu pada usia 26 minggu..kami yang masih tidak mempunyai apa-apa pengalaman ini mendengar prnyataan dr tersebut dgn kurg faham...then dr. menerangkan lagi auf perlukan bantuan O2 (intubated) sehingga pada satu tahap paru2 auf grow n matang...and it may take time.and no estimate time, ianya bergantung kpd kekuatan bayi itu sdri..

pada masa itu, kami pasrah mendengar penjelasan dr. dgn tenang, dan sentiasa berdoa agar auf diberi peluang utk trus berjuang dan kami diberi kekuatan utk menempuhi dugaan ini dan berpeluang utk menjaga sebaiknya amanah yng diberikanNya.

Pelbagai prosedur telah dilakukan..hanya yang terbaik utk seorang insan cilik yg baru mengenal dunia...walaupun pada ketika itu mata si kecil hanya terpejam mungkin kerana tiada kederatnya..die perlukan kekuatan utk terus bertarung. pada suatu hari dr. menyatakan bahawa auf mengalami sedikit pendarahan di otak nya dan terdapat lubang pada jantung nya..hal ini mmg simptom yang biasa dialami oleh bayi pramatang..tetapi, pada masa kini dengan teknologi yang ada, ianya akn sembuh mengikut pembesaran bayi, dan ianya mengambil masa.

setiap hari hospital akan menelefon kami menyatakan mengenai caj yang dikenakan..kerana mereka takut ianya melebihi limit yang ditetapkan...hurmm...kadangkala, terdetik di hati...adakah duit itu lebih bermakna dpd nyawa yg perlu diselamatkan.???hospital swasta..mmg kelaziman mereka begitu...kami pown tersalah langkah pada awalnya, kerana tidak pergi ke hospital kerajaan, bkn x nk pergi...cuma kami x mengetahui pada ketika itu apa yg perlu kami lakukan kerana kami tiada penglaman...setelah melihat kos yang tinggi, kami berbincang dengan dr. untuk ditempatkan di mana2 hospital kerajaan di area lembah klang memandangkan kami tinggal di area tersebut..dr. pn telah bersetuju dengan permintaan kami dan berjanji akan membantu utk mendapatkan tempat di mana2 hspital kerajaan.

Alhamdulillah, dengan usaha doktor dan berkat kesabaran kami, auf mendapat tempat di hospital kerajaan iaitu di Hospital Sungai Buloh, setelah seminggu kami menanti jawapan..akhirnya dimakbulkan juga doa kami..barulah kami tahu tidak semudah yang di sangka untuk kita minta tukar daripada swasta dan kerajaan..mungkin ini permulaan yang baik..alhamdulillah...Auf hanya berada di APSH 12 hari sahaja, kos perubatan jgn ditanya..pasti mencecah puluhan ribu..mujur pihak majikan sya mempunyai peruntukan untuk ibu dan anak..beban kami ringan sedikit..kami hanya menanggung kos perubatan 20% daripada jumlah besar, ianya akan dilakukan dengan potongan gaji...bak kata org..duit boleh dicari...nyawa anak tiada nilai..

bermula la episod baru Auf di hosp. baru...ketika umurnya 12 hari...


2nd day auf di HSB..(actually kami dilarang utk capture ape2 gamba, tp ni amik curi2 utk simpanan peribadi kami...hehe)


Baru bersemangat die nk bukak mata...

Betullah apa kata org, walaupun layanan di hospital kerajaan tidaklah istimewa sangat, tpi dari segi melaksanakan tugas, mereka memang cekap...mungkin sebab hari2 mereka terima kes seperti auf ni..

kami sangat bersyukur kerana dapat ditempatkan di sini, kerana kami difahamkan HSB merupakan hospital ke 2 tercanggih di Malaysia dan mereka mempunyai pakar untuk kanak2 seperti auf. biarlah sedikit jauh, kami x kisah, asalkan auf mendapat perubatan yang terbaik n die cpt sht.


at dis time auf kena kuning..tinggi sgt...sehingga 300 tahap kuningnya...doc kt ctu kate bdk prem mmg akn jd cenggini..at dis time mama kne amik darah tuk match ngan darah auf..sbb auf perlukan darah tambahan bagi menurunkan kuning nya...mase dlu kne amik darah sket nyer tkut...tp mase ni, rase nk bagi semua darah mama kt auf rsenye tau...(baru tau cemane rasenyer pengorbanan seorang ibu..)

lagi gamba auf...


sebenarnya byk ag nk share..tapi memandangkan mcm dh pjg sgt..kte sambung next en3 ok....tunggu...hehe...